Wednesday, 12 November 2025

BUAH PAUH DIMINATI RAKYAT MALAYSIA

 
Buah pauh atau juga dipanggil dengan nama mempelam, mangga dan asam mengikut kawasan atau negeri berbeza. Nama pauh digunakan di Kelantan yang dikatakan nama asal dalam bahasa Melayu.
 
Perkataan mempelam banyak digunakan penduduk di kawasan utara dikatakan serapan perkataan Tamil iaitu "mampalam". Di kawasan selatan pula lebih dikenali dengan panggilan buah asam. Nama lebih popular ialah mangga. Perkataan mangga diserap dari bahasa Portugis.
 
Buah pauh merupakan buah tropika dari spesies Mangifera indica. Buah ini dimakan segar atau diproses menjadi jus, jem, atau jeruk. Rasanya manis dan masam-masam manis, dengan isi yang tebal berwarna oren kekuningan apabila masak.
 
Mangga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dan merupakan sebagai makanan pencuci mulut yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Memandangkan pengeluaran yang terhad di Malaysia, buah mangga banyak diimport dari Thailand untuk memenuhi permintaan.
 
Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna kuning pucat hingga ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi endokap bersabut keras.
 
Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum masak boleh dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses menjadi jus, jam dan sebagainya.
 
Mangga yang telah dipetik boleh disimpan selama 4 hingga 9 minggu pada suhu 9 - 10ºC, manakala buah yang masak boleh disimpan 4 hingga 7 hari dalam suhu 18 - 21ºC.
 
Buah pauh kaya dengan vitamin A dan C, serta mengandungi vitamin B2, B3, folat, dan kalium. Choline yang terkandung di dalamnya juga penting untuk memori, mengatasi keresahan, dan meningkatkan metabolisme.
 

No comments:

Post a Comment