Thursday 7 June 2018

BELAJAR DALAM KELAS DEWASA


Fenomena kanak-kanak belajar bersama dalam kelas orang dewasa semakin diterima masyarakat. Mereka belajar bersama biarpun jarak umur jauh berbeza. Konsep belajar secara terbuka dalam bidang ilmu tertentu semakin mendapat perhantian. Contohnya dalam pembelajaran bahasa Arab. Pelajar dikira baru bermula biarpun umur telah 'lanjut'. Jadi, kanak-kanak dan orang dewasa pada hakikatnya sama-sama ingin mula belajar. 

Keempat-empat kanak-kanak itu memang 'pelajar' dalam kelas itu. Keupayaan penerimaan pelajaran tentu berbeza berbanding orang dewasa.

Apa yang penting mereka juga belajar. Mereka bukan didera oleh ibu bapa supaya berada dalam kelas itu. Itu satu didikan secara berterusan yang mana mereka gembira melalui proses tersebut.

Ketika pelajar lain bertanya, mereka juga sibuk bertanya, walaupun kadang-kadang mereka tidak faham apa yang ditanya dan apa sebenarnya ingin ditahu.

Sikap kanak-kanak memang suka dan mudah meniru. Jadi, mereka meniru apa yang dilakukan orang dewasa dalam proses belajar. Mereka menjadi 'dewasa' lebih awal berbanding usia. 

No comments:

Post a Comment