Wednesday 6 June 2018

CARA PILIH BENIH KELAPA

Pokok kelapa jadi pilihan untuk ditanam kawasan rumah dan kebun untuk keperluan kegunaan keluarga. Keluarga di kampung biasanya memiliki pokok kelapa biarpun sekadar dua tiga pokok.

Menanam pokok kelapa bukan sukar. Penjagaan amat mudah. Namun, perlu diingatkan kepada mereka ingin mendapatkan benih atau baka kelapa.

Antara ciri baka yang patut dicari ialah tempoh pengeluran hasil pertama yang singkat, bilangan buah di setiap tandan dan ketebalan isi.

Di antara varieti kelapa jadi pilihan sekarang ialah matag, kelapa pandan, MAWA, WAT, MRD, MGD dan MYD. 

Jenis matag paling mendapat pilihan sekarang ini. Benih setiap pokok matag mencecah RM30 sepokok.

Namun, berhati-hati mendapat matag kerana banyak benih yang didakwa matag sebenar bukan matag. Dapatkan khidmat atau pengesahan daripada pakar pertanian mengenainya.

Kelapa matag ditanam untuk mendapat kelapa tua, manakala kelapa pandan pula lebih sesuai untuk tujuan mendapat kelapa muda bagi tuan mendapat air kelapa. Air kelapa pandan berbau pandan. Kelapa pandan juga biasanya dipanggil kelapa wangi.

Kelapa matag dan kelapa pandan mula mengeluarkan mayang setelah ditanam sekitar 30 bulan jika mendapat pembajaan yang baik. Anda mungkin berpeluang melihat tandan kelapa berada di atas tanah.

No comments:

Post a Comment