Tuesday 10 July 2018

KISAH MENCARI DURIAN MERAH

Ini catatan di ruang komen di Facebook. Tulisan telah disalin balik dan diolah dalam Bahasa Kebangsaan baku. Komen itu:
Masa kerja di Kuala Lumpur dahulu. Pada waktu itu musim durian. Pusing-pusing di Kuala Lumpur hendak mencari durian isi warna merah dan sepertinya. Tetapi tidak jumpa. Ada di satu tempat menjual banyak jenis durian, namun masih tidak berjumpa dengan jenis yang dicari. Semasa tengah tengok-tengok durian itu, penjual durian tanya hendak cari durian jenis apa.
Saya: “Hendak cari durian dalit, isi udang dan sejenis dengannya.”
Penjual durian: “Durian jenis apa tu?”
Saya: “Durian ini banyak di Sabah. Isu berwarna merah, merah jambu, oren, kuning dan sebagainya.” 
Mendengar jawapan itu, terus penjual durian gelak. 
Penjual durian: “Kamu ni mimpi agaknya. Seumur hidup aku tidak pernah lagi tengok isi durian selain warna kuning dan putih.”
Saya: “Di Sabah memang ada warna itu.”
Penjual durian: “Jangan kamu tipu saya mengatakan di Sabah ada durian jenis itu.”
Saya: “Tidak mengapalah kalau tidak percaya. Saya cari tempat lain kalau ada rezeki menemuinya.
Penjual durian: “Pergilah. Kau carilah tempat lain dan pasti tidak berjumpanya. Mana ada durian selain warna putih dan kuning.” 
Saya terus meninggalkan tempat menjual durian itu untuk mencari di tempat lain. Kalau terus berada di tempat itu boleh jadi perbalahan pula. 
Kesihan juga dengan penjual durian itu yang tidak tahu dan tidak pernah melihat isi durian warna merah. Harapnya dia akan berpeluang melihat isi durian berwarna merah.

No comments:

Post a Comment