Tempurung
kelapa adalah bahagian keras antara sabut dengan isi. Berapa besar tempurung
kelapa akan menentukan besar isi kelapa. Jadi, jika tempurung kelapa besar,
maka besarlah isi yang ada di dalamnya.
Pada
masa dahulu, tempurung kelapa digunakan untuk pelbagai fungsi. Paling asas,
tempurung kelapa digunakan sebagai bahan bakar.
Tumpurung
kelapa mudah menyala dan tahan lama. Ia biasa digunakan untuk menghidupkan api
untuk tujuan memasak. Tempurung kelapa guna digunakan untuk memanas penggosok
baju antik zaman dahulu.
Tempurung
kelapa yang dibelah dua akan dikenali dengan dua nama iaitu jantan dan betina.
Tempurung jantan adalah bahagian 'atas' dan tempurung betina pula adalah
bahagian bawah.
Tempurung betina ada 'pantat' yang tidak berlubang. Sedangkan
tumpurung jantan pula yang ada lubang.
Jadi,
bahagian tempurung betina lebih banyak kegunaan, terutama untuk tujuan untuk
mengisi sesuatu kerana ia tidak bocor atau tiris. Tambahan pula, bahagian
tempurung betina lebih tahan.
Di
kalangan orang miskin, tumpurung kelapa digunakan sebagai ganti pinggan dan
gelas. Atau dalam majlis asyura ia biasanya digunakan untuk menadah atau
mengisi asyura atau suro.
Bahagian
tempurung betina biasa digunakan sebagai cebok atau batok yang biasa digunakan
untuk mencedok air dari tempayang.
Satu
lagi kegunaan tempurung kelapa, biasanya dari jenis yang besar, ialah sebagai
penyukat beras dan sebagainya. Tempurung itu akan dipotong sehingga paras yang
isiannya bersamaan dengan satu kal atau satu cupak.
Dengan
kata lain, tempurung kelapa yang sekarang ini tidak dipedulikan lagi dan
dianggap bahan terbuang sebenarnya pada masa dahulu menjadi sesuatu yang berguna
kepada masyarakat.
No comments:
Post a Comment