Ada
pelbagai cara beriadah yang boleh dilakukan bersama keluarga namun apa pun
aktiviti yang dipilih, matlamat untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan perlu
menjadi keutamaan.
Ada
sesetengah orang menjadikan hobi berkebun sebagai terapi untuk menenangkan diri
sambil bersantai bersama keluarga tersayang.
Bahkan,
memanfaatkan halaman rumah dengan pelbagai tanaman dan sayuran bukan saja
memberi kepuasan buat mereka yang meminatinya malah menghidangkan panorama
indah dan menyejukkan pandangan.
Berkebun
di laman rumah memberi kepuasan dan keseronokan. Melihat tanaman menghijau yang
mana menjadi sumber ketenangan. Hasil tanaman kebun sekitar rumah boleh dijadikan
untuk kegunaan sendiri, berikan kepada jiran mahupun dijual.
Ada orang menjadikan masalah kawasan untuk bercucuk tanam, terutamanya sayur-sayuran.
Itu hanya satu alasan dan bukan sebab yang menghalang.
Dengan keluasan tanah 5 x
10 kaki yang biasa terdapat di hadapan rumah sudah boleh dijadikan kebun mini. Kalau
tiada kawasan di atas tanah, boleh sahaja gunakan pasu dan polibeg sebagai medium
untuk menanam sayur.
Sekarang
tidak sukar untuk mendapat biji benih pokok yang ingin ditanam. Boleh beli di kedai
produk pertanian, pasar raya dan paling mudah melalui atas talian.
Bagaimana
cara hendak menanam dan menjaganya? Itupun tidak sukar. Sekarang ini banyak perkongsian
di media sosial mengenai cara untuk menanam dan menjaga pokok yang ditanam.
Maklumat
ada di hujung jari. Anda boleh bertanya kepada rakan-rakan dalam kumpulan media
sosial dan ramai yang sudi menjawab memberi panduan dan pertolongan.
Perkongsian
di laman sosial dapat membantu masyarakat menanam sayur dengan teknik betul.
helpful for me this essay
ReplyDeletethanks to who write this essay...thank u very much
ReplyDeletei ready write this essay to tuisyen...
ReplyDelete