Saturday 11 July 2020

PINDAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN 1993

Pada sidang 2015, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berjaya meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk melaksanakan hudud, ia masih tidak dapat dilaksanakan kerana tidak menepati kerangka Perlembagaan Persekutuan.  

Kelemahan paling jelas dalam pindaan itu adalah hukuman yang diletakkan di bawah hudud melangkaui bidang kuasa Mahkamah Syariah itu sendiri.

Pertamanya, daripada segi bidang kuasa DUN itu sendiri, mereka meletakkan hukuman yang melampaui apa yang dibenarkan atas bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Hukuman yang disebut dalam pindaan tersebut tidak selaras dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) hanya benarkan 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 sebatan, jadi kesalahan hukuman seperti potong tangan itu di luar bidang kuasa atau tidak menepati limitasi hukuman yang dikenakan atau disebut dalam Akta Mahkamah Syariah.

Kerajaan Kelantan juga perlu mendapatkan kebenaran meluaskan kuasa negeri menerusi Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan agar dapat mencakupi hukuman bagi kesalahan bunuh, mencuri dan merompak yang terdapat dalam enakmen berkenaan.

Ia juga melanggar peruntukan Perlembagaan di mana kesalahan-kesalahan yang sebenarnya di bawah bidang kuasa Persekutuan itu diletak dalam enakmen tersebut.

Jadi ada dua isu ini, maksudnya DUN itu tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak mempunyai kuasa, pun begitu walaupun diluluskan.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hanya terpakai kepada orang Islam yang mukalaf iaitu seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya. Undang-undang tersebut tidak akan dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

Pindaan pada 2015 itu memansuhkan peruntukan yang memberi pilihan kepada orang bukan Islam, sama ada ingin dibicarakan mengikut undang-undang syariah atau undang-undang sivil.

Selain itu, ia turut meminda peruntukan yang memberi pengecualian dari hukum hudud, termasuk peruntukan untuk tidak memotong tangan seseorang pencuri yang sudahpun cacat di sebelah tangan, dan sekiranya pesalah itu memperoleh hak mengikut undang-undang ke atas harta yang dicuri itu, sebelum penghakiman dibuat.

Pengecualian yang dibuat itu adalah sama seperti yang terkandung dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syraiah (Hudud dan Qisas) yang dibentangkan oleh PAS ketika mentadbir Terengganu pada sidang DUN negeri itu pada 2003.

Pindaan ketiga yang dibuat ialah beban bukti bagi mereka yang melaporkan kes zina dan liwat, di mana di bawah enakmen yang sedia ada, sesiapa yang membuat tuduhan zina atau liwat tanpa empat orang saksi boleh dikenakan hukum qazaf.

Pindaan itu juga membolehkan penuduh memberi keterangan melalui syahadah atau bayyinah (keterangan yang jelas) dan kebal daripada hukuman jika kemudiannya ditentukan bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan salah laku itu.

Manakala pindaan keempat melibatkan kesalahan liwat antara suami dan isteri, yang memperuntukkan hukuman ta'zir sekiranya didapati bersalah.

Pindaan itu juga memansuhkan peruntukan yang menyatakan perbuatan seks antara perempuan, necrofilia (mayat) dan binatang sebagai jenayah.

Bagaimanapun, Rang Undang-undang itu mengekalkan hukuman rejam sampai mati, sula dan salib


Walaupun pindaan dibuat, hakikatnya tiada apa-apa yang boleh dilaksanakan kerana ia masih tidak menepati kerangka Perlembagaan Persekutuan.  


No comments:

Post a Comment