Thursday 5 August 2021

Agong zahir prihatin golongan asnaf

6 Ogos 2021 - Menzahirkan keprihatinan tinggi Baginda kepada golongan asnaf, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam (5 Ogos, 2021).

Turut berangkat, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam lawatan selama dua jam bermula 3.30 petang semalam, Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal.

Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mana mencerminkan keperibadian tinggi Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

Semoga sumbangan Seri Paduka Baginda ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Daulat Tuanku.

Sumber dari FB Istana Negara 

No comments:

Post a Comment