Friday 3 June 2022

MENJAMU SELERA DI TEPI SUNGAI

 
Kepada yang ingin menikmati suasana damai di tepi sungai sambil menjamu selera, tempat yang dicadangkan ialah di Restoran Sri Tanjung Pulau Renjuna.

Di sini anda tidak akan terganggu dengan bunyi enjin kereta, lori, bas dan seumpamanya. Sebaliknya, sekali sekali anda hanya akan mendengan deruan enjin bot yang melalui kawasan tersebut.

Restoran Sri Tanjung terletak di tepi sungai laluan bot yang menjadi pengangkutan utama penduduk di Kepulauan Delta Sungai Kelantan.

Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu atau melalui Jeti Kok Majid, Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang yang fungsinya seperti teksi air.

No comments:

Post a Comment