Sunday 29 May 2022

SEMANGAT SUKARELA KEKAL MEMBARA

 
Membuat kebaikan di dunia ini, tidak semestinya berkongsi harta benda malahan wang ringgit tetapi boleh juga berkongsi sedikit kebahagiaan. Kemungkinan dengan satu senyuman mampu memberi kebahagian di sekeliling kita sekaligus mengurangkan tekanan diri buat seketika.

Sukarela membantu tanpa mengharapkan pulangan. Semangat sukarelawan perlu disemai kepada semua lapisan masyarakat agar dapat melahirkan masyarakat yang prihatin, berwaspada dan bertanggungjawab.

Lantaran itu, program sukarelawan perlu diperbanyakkan lagi agar negara menjadi lebih harmoni dan terbilang.

Memang pada awal melakukan tugas sukarelawan agak kekok dan tidak yakin sama ada melakukan secara berterusan atau sekadar satu dua program sahaja.

Berdasarkan pengalaman sukarelawan, banyak yang kemudiannya jatuh cinta dengan meluang banyak masa, tenaga dan fikiran untuk memajukan atau meningkatkan semangat sukarelawan.

Ada yang sudah berpuluh-puluh tahun mengabdikan diri melakukan tugas sukarelawan dengan seikhlas hati.

Semoga pengorbanan yang mesti dilalui sebagai sukarelawan ini diberikan ganjaran yang tidak terhingga oleh-Nya.

No comments:

Post a Comment