Tuesday 22 November 2022

KHASIAT RUMPUT SAMBAU

 
Rumput sambau (Eleusine indica) merupakan sejenis rumput tahunan yang berasal daripada famili Gramineae. Rekod awal menunjukkan spesies ini mungkin natif di negara seperti China, India, Jepun dan Malaysia.
 
Nama lain rumput sambau ialah rumput kaki angsa atau rumput gelang sambau. Setiap perdu rumput ini dilaporkan dapat menghasilkan kira-kira 50,000 - 135,000 biji benih dalam satu musim yang membuktikan ia sejenis rumput yang memang cepat membiak.
 
Rumput ini tumbuh di kawasan pertanian terutama di kawasan kebun dan tanaman. Rumput ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan lapang seperti tanah yang terbiar, kawasan pertanian dan kawasan di tepi jalan.
 
Dengan kata lain, pokok rumput sambau mampu tumbuh di mana-mana sahaja. Sebab itu, rumput sambau memberi banyak masalah di ladang getah, kelapa sawit dan pokok buah-buahan. Justeru, ia disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 rumput yang paling teruk di dunia.
 
Rumput ini bersaing dengan pokok kelapa sawit untuk mendapatkan cahaya, air, ruang, dan nutrien. Cara paling efektif untuk mengawal rumput sambau ialah melalui kawalan menggunakan racun rumpai.
 
 
Biarpun dianggap rumpai yang sukar dihapuskan, rumput sambau mempunyai manfaatnya untuk kesihatan.
 
Kebaikan air rebusan akar, batang dan daun rumput sambau
- Kecutkan perut dan usus
- Merawat cirit birit  
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak.
- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah pasal hati
- Mengawal pengeluaran peluh berlebihan.
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan.
- Mengatasi masalah kencing tidak puas
- Mengurangkan masalah sakit sendi
- Merawat deman kuning, selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan ke dalam mulut
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya

No comments:

Post a Comment