Thursday 26 January 2023

CARA BAYAR FIDYAH TINGGAL PUASA RAMADAN

 
Banyak individu yang bertangguh membayar fidyah. Sampaikan ada yang sudah tidak ingat jumlah puasa yang ditinggalkan.

Bertahun-tahun sampai bertimbun-timbun. Sedangkan fidyah ini wajib dibayar. Usah bertangguh lagi. Segera bayar fidyah. Jika terlalu banyak, bayarlah setakat anda mampu duhulu.

Untuk wanita, ibu hamil, ibu menyusu yang pernah tinggalkan puasa, serta waris bagi ibu bapa yang uzur atau sakit kuat yang tidak mampu puasa, bertindak segera.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT dalam Al-Baqarah ayat 184: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan ini:

No comments:

Post a Comment