Sunday 22 January 2023

PUSAT PEMULIHAN AKHLAK MACHANG

 
Pusat Pemulihan Akhlak Machang terletak di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Jajahan Machang, Negeri Kelantan. Pembinaan Pusat Pemulihan Akhlak Machang merupakan projek pembinaan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos pembiayaan berjumlah RM125.5 juta di tapak seluas 63.491 ekar.
 
Pusat Pemulihan akhlak Machang terletak di laluan Lebuh raya Tanah Merah–Machang, kira-kira 5 kilometer dari Bandar Machang, Kelantan. Kawasan premis dan tanah, di bawah pentadbiran Majlis Daerah Machang, Kelantan.

Pembinaannya bermula 13 Julai 2005 dan telah diwartakan pada 6 Disember 2007. Operasinya telah bermula bulan Julai 2008.
 
Pusat ini telah dikhususkan bagi menempatkan orang tahanan bagi kes Akta Dadah Merbahaya 1985 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan berupaya menempatkan maksima seramai 1000 orang tahanan.
 
Bagi tujuan latihan kemahiran kepada tahanan, beberapa bengkel kemahiran ada disediakan antaranya bengkel batik, bengkel jahit, bengkel dobi dan bengkel kraf tangan.


No comments:

Post a Comment