Friday 14 July 2023

Malaikat boleh tolong undi?

 
Ucapan seorang penceramah parti politik mendakwa malaikat boleh datang membantu mengundi parti mereka jika diizinkan Allah telah beberapa tahun berlalu. Lebih tepat ia berlaku pada April 2018 katika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
 
Menerusi satu klip video yang tular di media sosial ketika itu, penceramah itu berkata, malaikat boleh berupa menjadi pengundi dan boleh membantu parti terbabit.
 
Kata penceramah itu, malaikat boleh beratur dan berdiri serta berupa menjadi manusia untuk membantu mengundi partinya.
 
Menurut penceramah itu lagi, pada 1990 partinya menang 39-0 seperti ada persefahaman antara malaikat, jika diizinkan Allah perkara itu boleh berlaku.
 
"Jadi dalam pilihan raya boleh tak Allah hantar malaikat bawa IC (kad pengenalan) beratur pergi mengundi? Boleh tak? Senang sangat adik-kakok (tuan-tuan dan puan-puan)," katanya.
 
Jelasnya lagi, susulan ramai pengundi luar yang dikhabarkan enggan pulang mengundi di Kelantan tidak mustahil jika Allah hantar malaikat menyerupa golongan tersebut untuk mengundi.
 
"Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi. Pegang IC, berdiri dan beratur di depan kita.
 
"Kita tegur nampak (muka) kawan kita si Man, selepas mengundi sebelah petang kita terjumpa ayah Man tadi. Kita tanya ayahnya, Man dah balik KL ke? Ayah dia jawab Man tak balik pun.
 
"Jadi Man yang kita jumpa masa mengundi itu siapa? Kita pula berpeluh. Siapa tadi? Itulah malaikat kalau Allah nak bawa turun malaikatnya dalam keadaan begitu.
 
"Boleh tak adik-akak Allah nak buat begitu? Boleh sangat-sangat," katanya.
 
Ya. Tidak ada satupun yang mustahil bagi Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkhendaki sesuatu. Dia hanya berkata, "Jadilah! Maka jadilah sesuatu itu." Maha Suci Allah yang ditangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (Surah Yasin, ayat 82-83).
 
Berdasarkan kepada kefahaman ucapan tersebut, pengundi parti berkenaan, terutama yang dikategorikan sebagai pengundi luar tidak perlu bersusah payah untuk pulang mengundi di tempat masing-masing.
 
Apa yang hendak dibimbangkan. Berdasarkan kepada ucapan penceramah itu, “malaikat boleh tolong undi.”

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment