Wednesday 21 June 2023

KEJAYAAN ANAK ORANG ASLI DALAM PELAJARAN

 
Kejayaan mereka tidak hebat sangat berbanding orang lain. Namun, pencapaian itu boleh dicatatkan sebagai satu kejayaan besar yang seharusnya mendapat ucapan tahniah dan penghargaan sewajarnya.
 
Mereka ini anak-anak Orang Asli yang telah membuktikan bahawa keturunan dan asal keluarga bukan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pelajaran.
 
Pencapaian mereka sebenarnya lebih baik berbanding masih banyak lagi pelajar lain yang berada di bawah pencapaian mereka.  
 
Tahniah diucapkan kepada adik Anim Edlina A/P Andi di atas kejayaan memperoleh 4A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2022. Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Kuala Betis dan menerima pendidikan di SMK Panggung Jaya, Gua Musang.
 
Ucapan tahniah juga dirakamkan kepada Mohd Fasli Yusnami bin Abdul Razak daripada Pos Hendrop kerana berjaya mendapat keputusan 3A dan merupakan wakil daripada SMK Sungai Asap.
 
Sementara itu, Suddan bin Sudin, Syima binti Johari dan Yusrieza a/p Ama masing-masing berjaya mendapat keputusan 2A dan berasal dari Kg. Pos Tuel serta Kuala Betis.
 
Selain itu, seramai 9 orang pelajar berjaya mendapat sekurang-kurangnya 1A dan merupakan satu pencapaian yang positif buat adik-adik pelajar Orang Asli di sini.

No comments:

Post a Comment