Tuesday 11 June 2024

JASA TUN RAZAK MAJUKAN EKONOMI MELAYU

Tun Abdul Razak Husein, Perdana Menteri Malaysia kedua digelar Bapa Pembangunan Malaysia adalah kerana idea-idea pembangunan yang jitu telah disusun rapi oleh beliau. Bermula dari era beliaulah pembangunan negara dirancakkan lagi perlaksanaanya.
 
Setelah dilantik sebagai Perdana Menteri pada 22 September 1970, rakyat dapat menikmati projek-projek pembangungan hasil idea Tun Razak terutama sekali pembukaan tanah-tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). 
 
Jika FELDA adalah untuk pembangunan luar bandar, manakala Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) telah ditubuhkan yang turut dirasmikan pada 12 November 1971 untuk merancakkan pembangunan kawasan bandar.
 
Tun Razak berkata: “UDA mesti berjaya dalam melaksanakan rancangan-rancangannya kerana pada usaha itulah bergantung hasrat kerajaan hendak membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera yang lain mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kegiatan perdagangan dan perusahaan dalam semua peringkat dalam tempeh 20 tahun akan datang. “
 
Antara jasa Tun Razak yang kekal memberi manfaat kepada rakyat sehingga sekarang:
- Pelancaran Dasar Ekonomi Baru.
- Langkah membasmi buta huruf lebih tiga juta penduduk (1959 – 1969) menerusi pembukaan kelas dewasa.
- Memperkenalkan “Buku Merah” (1960) yang mengarahkan pembentukan bilik gerakan di semua peringkat pentadbiran.
- Penyata Razak dan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956) hingga tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malasysia.
- Memperkenalkan “Buku Hijau” bagi menggalakkan rakyat bertanam sayur-sayuran bagi membanteras infalsi.


No comments:

Post a Comment