Friday 21 June 2024

NEGARA KAYA DI BENUA AFRIKA

 
Gambaran kebanyakan orang mengatakan negara-negara di benua Afrika adalah mudur. Dikaitkan dengan kemiskinan, kelaparan, peperangan saudara, tahap pendidikan rendah, binatang liar dan segara skala negatif lain.
 
Namun, sebenarnya bukan begitu. Memang ada pun negara di Afrika yang dikategori sebagai “kaya” dan menikmati kemajuan yang seadanya.
 
Segai contohnya negara Angola. Gambar di atas adalah Luanda, ibu kota Angola. Angola adalah pengeluar petroleum ketiga tertinggi selepas Libya dan Nigeria. Kira-kira 30 peratus keluaran negara kasar negara tersebut adalah sumbangan hasil Petroleum.
 
Justeru, kira-kira 30 peratus jurutera di Angola terlibat sektor minyak dan gas, dengan purata gaji setahun USD110 ribu.
 
Angola terletak di bahagian selatan-tengah Afrika yang bersempadan dengan Namibia di selatan, Republik Demokratik Congo di utara, dan Zambia di timur.
 
Angola adalah bekas tanah jajahan Portugal mempunyai banyak sumber semula jadi, terutamanya minyak dan intan. Selepas perjuangan anti-penjajah yang berlarutan, Angola mencapai kemerdekaan pada tahun 1975. Bagaimanapun, selepas kemerdekaan, Angola terlibat pula dalam kancah perang saudara sehingga tahun 2002.
 
Selepas tamatnya perang saudara, Angola muncul sebagai sebuah republik perlembagaan presiden kesatuan yang agak stabil. Angola mempunyai rizab mineral dan petroleum yang luas, dan ekonominya adalah antara yang paling pesat berkembang di dunia, terutamanya sejak berakhirnya perang saudara tersebut.

No comments:

Post a Comment