Friday 19 January 2018

RESIPI LAKSAM


Laksam cukup popular di Kelantan. Menu laksam jadi pilihan untuk juadah makan pagi, mahupun pada waklu lain. Laksam jadi pilihan untuk dihidangkan bersama laksa Kelantan kerana kuah dan ramuan tambahan lain adalah sama. Laksam dianggap makanan separa berat yang boleh menggantikan nasi untuk sesuatu majlis jamuan. 

Resipi laksam untuk membuat 12 gulung

- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- Sedikit garam
- 5 cawan air suam

- Campur semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Ketepikan sebentar
- Panaskan periuk kukusan.
- Sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang disapu dengan minyak masak untuk elak melekat
- Masukkan bancuhan tepung tadi dalam loyang atau tudung periuk.
- Jangan tebal. Agak-agaklah.
- Kukus dalam 5 minit.
- Angkat loyang atau penutup periuk.
- Biarkan sejuk. (Guna beberapa loyang atau tudung periuk untuk terus mengukus yang lain ketika menanti boleh gunakan semula yang telah digunakan itu)
- Guna hujung sudu untuk cungkil laksam.
- Terus terus gulung dari loyang tersebut hingga habis. 
- Golongan laksam dipotong sebelum dihidamkan.

Kuah
- 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus.
- 2 biji bawang merah.
- 2 ulas bawang putih.
- Sedikit halia.
- 1/2 periuk santan pekat.
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 keping asam gelugur

- Isi ikan, bawang merah, bawang putih, belacan dan halia dikisar bersama.
- Hasil kisaran itu dimasukkan ke dalam periuk bersama santan.
- Masukkan asam keping, gula dan garam.
- Masak hingga mendidih dengan api sederhana.

Ulam: Ikut citarasa masing-masing. Biasanya:
- Kacang panjang
- Timun batang
- Tauge
- Pucuk-pucuk samak

Sambal lada: Penyediaan sambal lada mengikut citarasa masing-masing.

No comments:

Post a Comment