Wednesday 7 June 2023

KAMPUNG ULU GALI, RAUB

 
Kampung Ulu Gali terletak dalam Mukim Gali, Raub, Pahang. Selain Kampung Ulu Gali, di dalam Mukim Gali terdapat beberapa kampung lain seperti Kampung Sungai Pusu, Kampung Gali Tengah, Kampung Gali Hilir, Kampung Pintu Padang dan Kampung Gali Lurus.
 
Kampung Ulu Gali terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Raub. Ia dihubungi dengan jalan tar yang baik. Manakala jarak Kampung Ulu Gali dengan Kuala Lumpur adalah 130 kilometer yang mengambil masa perjalanan kira-kira satu jam setengah.
 
Raub adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras.
 
Raub mempunyai lebih kurang 37 buah kampung tradisional dan 9 buah Kampung Baru Cina. Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut.

No comments:

Post a Comment