Thursday 22 August 2024

STESEN JEREK BARU HENTIAN DMU

 
Jerek adalah satu nama mukim di Gua Musang. Di dalam mukim Jerek ada Kampung Jerek Baru, Kampung Jerek Lama dan Kampung Jerek Dalam. Namun, di kalangan orang luar dari ketiga-tiga kampung tersebut, mereka mengguna satu nama sahaja iaiatu Kampung Jerek.

Kampung Jerek terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar Gua Musang. Jarak dari Kota Bharu pula antara 170 kilometer sehingga 190 kilometer mengikut laluan yang dilalui.

Jarak Kampung Jerek ke Kota Bharu melalui Dabong - Jeli - Lalang Pepuyu - Rantau Panjang - Pasir Mas - Kota Bharu ialah 170 kilometer.

Manakala jarak perjalanan melalui Dabong - Jeli - Machang - Kota Bharu sejauh 180 kilometer.

Satu lagi laluan ialah Dabong - Sungai Sam - Kuala Krai - Kota Bharu pula sejauh 190 kilometer.

Sebelum tahun 1990-an, pengangkutan utama ke Kampung Jerek adalah menggunakan kereta api, selain menggunakan jalan sungai melalui Sungai Nenggiri.

Di Kampung Jerek ada sebuah stesen kereta api yang dipanggil Stesen Jerek Baru. Kedudukan Stesen Jerek Baru ada di pienghujung jalan utama Kampung Jerek yang menghubungkan dari simpan tiga Jalan Dabong-Gua Musang, melalui simpang tiga dari Bertam Lama, melalui hadapan pintu utama SMK Tengku Bendahara, terus melepasi SK Jerek dan di hujung jalan itulah letaknya Stesen Jerek Baru.

Kepada mereka yang belum pernah sampai di Stesen Jerek Baru melalui jalan raya, pasti akan teragak-agak untuk meneruskan pemanduan sehingga sampai di lokasi stesen itu.

Perkhidmatan di Stesen Jerek Baru hanya menyediakan perkhidmatan hentian atau “halt” yang melibatkan kereta api DMU. Perkhidmatan ini menjadi pilihan kepada guru dan pelajar untuk berulang alik. 

No comments:

Post a Comment