Ular dikategorikan sebagai reptiliar
berbahaya kerana gigitan ular akan menyalurkan racun berbisa ke dalam salur
darah yang boleh menyebabkan maut.
Namun, tidak semua jenis ular mempunyai
bisa yang boleh membunuh. Cecair bisa yang dikeluarkan sekadar memberi kesan
bengkak atau rasa tidak selesa pada bahagian yang digigit.
Termasuk dalam senarai ular yang tidak
berbisa ialah ular pucuk atau juga dikenali ular daun dan ular gadung. Bukan tidak
berbisa sepenuhnya, tetapi bisanya hanya boleh membunuh haiwan-haiwan kecil
seperti katak dan burung-burung kecil sebagai sumber makanannya.
Dengan kata lain, ular pucuk tidak
berbahaya kepada manusia. Oleh itu jika terlihat ataupun ternampak ular jenis
ini kita tidak perlu rasa terancam hingga membunuhnya.
Ular pucuk memiliki bentuk kepala memanjang
dan runcing pada bahagian moncongnya. Ular jenis ini memiliki tubuh yang sangat
ramping. Ular pucuk dewasa biasanya punya tubuh sepanjang lebih 1 meter.
Ular ini bersifat aktif pada pagi hingga
tengah hari dan hidup di pohon. Tubuhnya yang ramping amat membantunya bergerak
di batang, dahan, ranting dan daun pokok. Ular pucuk akan berada di atas tanah
atau rumput ketika memburu mangsanya.
Biarpun ular pucuk bersifat aktif, tetapi
ia tidak akan segera melarikan diri jika tersempak dengan manusia. Malah ular
pucuk kelihatan tenang dan boleh dekati dalam jarak kurang satu meter. Mungkin
ular ini menyangka penyamaran berada di bahagian pokok dengan daun berwarna hijau
menyebabkan ia tidak kelihatan.
Warna tubuhnya bervariasi dari hijau
muda-gelap hingga coklat, bahkan kadang-kadang berwarna kuning.
Ular pucuk tersebar meluas di Asia. Ular
ini banyak ditemukan di India, China, dan Asia Tenggara, seperti Indonesia,
Malaysia, Laos, Vietnam, dan Filipina.
Ular pucuk biasa memakan reptil dan amfibi
kecil, seperti kadal, cecak, dan katak. Bahkan, ular pucuk bisa memakan burung
kecil.
Ular pucuk membiak secara ovovivipar, iaitu
ular akan membesarkan telur di dalam tubuhnya dan menetas di dalam. Kemudian,
ular pucuk akan melahirkan anak-anaknya dalam bentuk anak yang sudah “sempurna”.
Ular pucuk boleh “melahirkan” hingga 9 ekor anak ular dengan panjang sekitar 20
sentimeter setiap sekali beranak.
Ketika ular ini terancam, ia akan mengembangkan badannya, memperlihatkan lipatan sisik kotak-kotak yang biasa berwarna hitam membuat penampilan yang mengagumkan sekaligus dapat menakutkan penyerangnya.
No comments:
Post a Comment