Dalam sejarah negara, Baling terkenal kerana di situ berlaku
atau diadakan Rundingan Damai Baling pada 29 Disember 1955 di antara kerajaan
Tanah Melayu dengan pihak komunis.
Pemilihan Baling sebagai tempat rundingan memandangkan ia
terletak bersempadan dengan Thailand yang mana menjadi kawasan persembunyian
pengganas konunis.
Rundingan damai di antara kerajaan dengan pihak komunis ini bertujuan untuk menamatkan darurat berikutan dengan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang telah dibuat pada 9 September 1955.
Rundingan damai ini telah diadakan di Sekolah Inggeris Baling, Kedah dan berlangsung di dalam empat sesi bermula pada Disember 1955.
Pihak Kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, En. David Marshall,
serta Datuk Sir Tan Cheng Lock. Manakala di pihak komunis pula diwakili oleh
Ching Peng, Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin.
Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan dengan pengampunan beramai-ramai dan tentang pergolakan politik negara ini. Beliau menyakinkan pihak Komunis bahawa Tanah Melayu sedang dalam perjalanan ke arah mencapai kemerdekaan dan dengan demikian mereka mestilah menghentikan keganasan.
Mengenai pengampunan beramai-ramai, mereka yang berbuat demikian tidak akan didakwa di atas apa-apa kesalahan bersabit dengan darurat yang dilakukan sebelum pengisytiharan pengampunan. Walau bagaimanapun kerajaan akan membuat penyiasatan ke atas mereka yang menyerah diri.
Rundingan itu berakhir dengan kegagalan apabila pihak komunis menolak tawaran tersebut dan kembali ke hutan untuk meneruskan pemberontakan atau penentangan bersenjata terhadap kerajaan.
Rundingan damai di antara kerajaan dengan pihak komunis ini bertujuan untuk menamatkan darurat berikutan dengan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang telah dibuat pada 9 September 1955.
Rundingan damai ini telah diadakan di Sekolah Inggeris Baling, Kedah dan berlangsung di dalam empat sesi bermula pada Disember 1955.
Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan dengan pengampunan beramai-ramai dan tentang pergolakan politik negara ini. Beliau menyakinkan pihak Komunis bahawa Tanah Melayu sedang dalam perjalanan ke arah mencapai kemerdekaan dan dengan demikian mereka mestilah menghentikan keganasan.
Mengenai pengampunan beramai-ramai, mereka yang berbuat demikian tidak akan didakwa di atas apa-apa kesalahan bersabit dengan darurat yang dilakukan sebelum pengisytiharan pengampunan. Walau bagaimanapun kerajaan akan membuat penyiasatan ke atas mereka yang menyerah diri.
Rundingan itu berakhir dengan kegagalan apabila pihak komunis menolak tawaran tersebut dan kembali ke hutan untuk meneruskan pemberontakan atau penentangan bersenjata terhadap kerajaan.

No comments:
Post a Comment