Sunday 11 April 2021

Danau Tok Uban ladang solar terapung terbesar

Danau Tok Uban yang berkeluasan kira-kira 567 hektar terkenal di Kelantan sebagai tarikan pelancongan. Kini, Danau Tok Uban turut dimanfaatkan sebagai lokasi ladang solar terapung.

Kira-kira 40 hektar kawasan tersebut menjadi sebagai lokasi pembinaan ladang solar terapung terbesar di Asia Tenggara.

Pembinaan ladang solar yang sedang dijalankan itu dapat membekalkan 140,000 megawatt jam (MWh) tenaga eletrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Projek bernilai RM500 juta dan terbesar di Asia Tenggara itu dibina  membabitkan 247,830 panel solar di kawasan tasik seluas 40 hektar dijangka siap pada Ogos ini.

Ia dibangunkan oleh syarikat Cypark Resources Sdn Bhd dengan usahasama salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Kelantan Utilities Mubaraakan Holdings Sdn Bhd.

Elektrik yang terhasil mampu menampung tenaga elektrik untuk kegunaan hampir 50,000 isi rumah.

Projek solar terapung berkenaan merupakan salah satu projek pembangunan sosio ekonomi negeri yang turut menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan membuka ruang penyelidikan baharu dalam teknologi solar.

No comments:

Post a Comment