Pada
1 Februari 1968, akhbar New York Times memaparkan satu gambar yang menarik
perhatian sedunia. Gambar ini menjadi antara gambar yang paling ikonik tentang
Perang Vietnam.
Jurugambar
yang merakam gambar tersebut, Eddie Adams memenangi Hadiah Pulitzer yang
merupakan hadiah paling berprestij dalam dunia kewartawanan Amerika Syarikat.
Gambar
ini menunjukkan seorang pegawai polis Vietnam Selatan, Nguyen Ngoc Loan, sedang
menembak seorang anggota Viet Cong, Nguyen Van Lem di kepalanya.
Ketika
itu, Amerika Syarikat memberi bantuan kepada Vietnam Selatan untuk memerangi
Viet Cong yang merupakan gerila komunis.
Gambar
ini menimbulkan kemarahan orang ramai. Reaksi orang ramai melontarkan kata-kata
"kejamnya","jahatnya Vietnam Selatan", "zalimnya tindakan mereka terhadap orang
awam", "macam ini kah negara
yang kita sokong" dan pelbagai ungkapan lain
Gambar
ini menjadi antara pemangkin kepada sentimen anti-Perang Vietnam di kalangan rakyat
Amerika Syarikat. Sentimen itu akhirnya memdorong Amerika Syrikat berundur
daripada Vietnam pada tahun 1973.
Tapi
gambar itu tidak menceritakan kejadian sebenar disebalik tindakan menembak itu.
Lem telah membunuh sahabat baik dan
pegawai bawahan Loan iaitu Nguyen Tuan serta sekeluarganya, termasuk isterinya,
6 anaknya dan ibunya yang berumur 80 tahun.
Kesemuanya
dibunuh dengan cara kejam iaitu dengan memotong leher. Selepas Lem ditangkap,
Loan memilih untuk membunuh Lem dengan tangan sendiri untuk membalas dendam
bagi Tuan.
Apa
yang gagal ditangkap oleh kamera Adams ialah air mata Loan ketika mengenang
pengorbanan Tuan sepanjang perkhidmatan sebagai anggota polis.
Namun
satu dunia telah menghukum Loan sebagai "penjahat" dan
"penjenayah perang". Selepas
Vietnam Selatan ditawan, Loan berhijrah ke Amerika Syarikat. Di situ beliau
menerima pelbagai diskriminasi dan gangguan akibat daripada buruk sangka orang
ramai terhadap tindakannya menembak Lem.
Selepas
mengetahui cerita yang sebenar, Adams cukup kesal dengan tindakannya. Adams
telah memohon maaf dengan Loan sebelum Loan meninggal dunia pada tahun 1998.
Dalam
eulogi yang ditulis oleh Adam untuk Loan dalam majalah Time, Adams telah
mengatakan bahawa: "Dua orang mati dalam gambar itu: penerima
peluru dan pegawai polis Nguyen Ngoc Loan. Pegawai polis membunuh Viet Cong,
saya membunuh pegawai polis dengan kamera saya".
Adams
turut berpesan kepada orang ramai: "Gambar
berbohong, walaupun tanpa manipulasi. Mereka hanya memberitahu separuh sahaja yang benar.
Apa yang tidak dijelaskan gambar itu, ialah
apakah yang akan anda akan lakukan jika berada di tempat pegawai itu ketika suasana
amat kritikal."
Adams
telah menzalimi Loan dengan satu gambar yang tidak menjelaskan konteks. Loan
disalahfaham dan dijatuh hukum oleh pendapat umum.
Tidakkah
kita mengambil iktibar bahawa betapa banyak gambar yang sengaja disebarkan di
media cetak dan media sosial adalah bertujuan untuk menabur fitnah dan mencipta
persepsi buruk?
Adakah
kita benar-benar meneliti konteks di sebalik setiap gambar tersebut sebelum
menghukum?
Adams
bertuah kerana sempat memohon maaf dari Loan. Adakah kita akan diberi peluang
yang sama?
No comments:
Post a Comment