Saturday, 26 May 2018

CARA BAKAR AYAM PASU TELENGKUP

Menu resipi ayam pasu telengkup. Daging ayam menjadi menu pilihan rakyat Malaysia kerana harga lebih murah berbanding daging ternakan lain dan juga lebih murah berbanding kebanyakan jenis ikan. Biasanya, selain menu resipi gulai dan goreng, cara bakar turut menjadi pilihan.

Cara tradisi bakar daging ayam ialah salai dan bakar di atas bara arang atau kayu. Untuk menarik perhatian pembeli, pelbagai cara membakar diperkenalkan peniaga. Setiap satu mempunyai keistimewaan yang menjadi tarikan pembeli.

Antara menu mendapat perhatian ramai ialah ayam pasu telengkup. Ayam dimasak atau dibakar di dalam pasu. Dari segi resipi rempah, ikut kreativiti dan citarasa peniaga sendiri. Ayam pasu telengkup hanya beza pada cara membakarnya.

Ayam yang telah bersih yang lengkap seekor atau dibahagi dua, terlebih dahulu diperap dengan rempah selama beberapa jam untuk memastikan rasanya meresap ke dalam daging ayam.

Arang dibakar di dalam pasu dan ada jaring atau dawai besi diletakkan di dalam pasu untuk dijadikan tempat panggang daging ayam. Untuk memerangkap wap haba, satu lagi pasu berukuran lebih kecil (tapi sama besar ukuran muka) ditelengkup di bahagian atas berperanan seperti penutup periuk.

Pasu yang digunakan biasanya jenis yang ditempah khas agar ia tahan dengan panas dan mudah dikendalikan. Bagaimanapun, ada yang hanya menggunakan pasu bunga biasa.

Ayam bakar menggunakan pasu berbeza dengan kaedah ayam golek atau ayam salai kerana isinya lebih lembut manakala aromanya juga lebih harum. Proses memasak menggunakan pasu lebih sekata dan perapan meresap ke dalam daging.

No comments:

Post a Comment