Sunday, 20 March 2022

GOLONGAN TUA MASIH PERLU KEPADA SEKS

 
Naluri seks dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Untuk manusia, ia fitrah yang berkekalan hingga ke akhir hayat. Hanya pendekatannya berubah mengikut umur, kesihatan dan kemampuan fizikal.

Hubungan seks bukan sekadar hubungan penetratif antara zakar dan faraj, sebaliknya ia lebih daripada itu. Jika anggota kelamin tidak mampu atau berfungsi dengan sempurna, sentuhan anggota kelamin dengan tangan sudah memadai. 

Belaian kepada tubuh badan seperti kucupan, ciuman, sentuhan, pelukan, picitan, urutan, sentalan dan gentelan dapat memberi semangat dan melegakan perasaan berahi.

Hebatnya keinginan naluri seks lelaki yang dikaitkan dengan 'selagi masih benafas, ia tetap ada' biarpun mungkin keupayaan semakin berkurangan.

Orang telah berumur juga masih memerlukan belaian dan sentuhan isterinya. Tidak salah jika orang berumur masih berkehendakkan pelukan isteri selagi dia masih hidup. Mungkin apa yang dikehendakinya ialah sentuhan dan belaian mengikut keupayaan isteri. 

Kita mungkin faham apabila telah masuk ke peringkat umur warga emas. Tiada sebab kenapa orang tua tidak boleh bermesra, hanya pendekatan mereka tidak macam orang muda.

Seks bukan sentuhan antara anggota kelamin saja. Ia sentuhan emosi, spiritual dan belaian mesra antara pasangan yang masih memerlukannya. Ia satu motivasi untuk terus hidup dan berusaha melakukan yang terbaik. 

Ada yang mengaitkan aktiviti seks dengan cara untuk proses penyembuhan penyakit. Sebab itu dikatakan orang lelaki tua yang kahwin dengan wanita muda akan sentiasa menjalani kehidupan lebih baik dari segi kesihatan dan perilaku.  

No comments:

Post a Comment