Peluang
yang ditawarkan kita tolak kerana ingin mendapat peluang yang lebih baik. Bukan
kerana tamak, tetapi berasakan kepada perkiraan bahawa kita sepatutnya mendapat
lebih banyak. Akibatnya, kita hilang segala-galanya. Bertabahlah.... itupun
satu perjuangan....
Pun
begitu, apa yang berlaku itu jadikan ia sebagai pengajaran. Kata pepatah; ukur
baju di badan sendiri. Kalau kail sejengkal, jangan lautan dalam ingin diduga.
Tidak
mengapalah.... peluang masih ada. Dunia belum kiamat. Boleh perbaiki kelemahan
diri untuk berjuang di medan lebih mencabar. Gagal kali ini, belum tentu gagal
selama-lamanya.
Allah
memberi pahala terhadap apa yang kita lakukan bukan berdasarkan kepada gagal
atau berjaya. Sebaliknya, niat dan keikhlasan itu paling penting. Setiap kali berusaha,
maka di situ ada pahala baharu disediakan. Pahala yang dikumpul akan membawa
diri ke syurga. Jadi, teruskan berjuang... bukan semata-mata mengharap laba
dunia, tetapi mendambakan kebahagiaan di akhirat.
No comments:
Post a Comment