Friday, 23 September 2022

TUJUH KALI UMRAH DAPAT SATU PAHALA HAJI?

 
Ada anggapan salah bahawa dengan melakukan “tujuh kali umrah” akan mendapat “satu haji.” Anggapan ini, menurut apa yang disebut oleh para ulama dulu (salaf) adalah tidak betul.
 
Pahala haji akan kita peroleh setelah kita melakukan ibadah haji dengan menyelesaikan “ilmu rukunnya”, dan “lima rukun wajib hajinya.”
 
Setelah melakukan semuanya itu dengan sempurna “rukun” dan “wajib hajinya” barulah cukup syarat melakukan ibadah haji. Soal dapat pahala, soal diterima atau tidak, itu bukan soal kita. Itu terpulang kepada Allah menilainya.
 
Kadang kala kita melihat ada jemaah kita apabila tiba di Makkah berebut-rebut nak buat “umrah”. Hanya kerana menyangka lagi banyak umrah lagi banyak pahala sebab itulah pakat dok pulun buat umrah tujuh kali.
 
Kemudian kita beritahu pula orang, “Aku dah buat tujuh kali, 10 kali, 20 kali umrah.” Timbullah rasa riak.
 
Sepanjang hayat Rasulullah SAW, baginda mengerjakan umrah sebanyak 4 kali.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: “Rasulullah mengerjakan umrah sebanyak empat kali. (iaitu) umrah Hudaibiyah, umrah Qadha, umrah ketiga dari Jiranah, dan (umrah) keempat yang bertepatan dengan pelaksanaan hajinya.”
 
Setiap umrah, Nabi lakukan dalam perjalanan yang berasingan. Tiga umrah berasingan, tanpa haji. Dan sekali pada masa yang sama dengan Haji.
 
Bagi yang pertama kami mengerjakan umrah, kebiasaannya kita berpeluang mengerjakan satu umrah wajib dan dua kali umrah sunat. Tiga kali umrah ini sudah cukup untuk mendidik serta mengajar kita maksud dan tujuan kenapa hadir ke Baitullah.
 
Disunting daripada tulisan asal. Kredit kepada penulis asal.

No comments:

Post a Comment